PENGENALAN


FADZIL ENGINEERING  SDN BHD (FESB) yang dahulunya dikenali sebagai FADZIL ENGINEERING & CONSTRUCTION (FEC) merupakan syarikat hak milik tunggal yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Syarikat ini  ditubuhkan pada 27 July  2003 dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001) tetapi telah ditukarkan menjadi sebuah syarikat berhad menurut syer dan sebuah syarikat sendirian pada 20 November 2011 dan bernombor pendaftaran iaitu 968900-W  yang beralamat di No.16B, Jln BP 6/13, Bandar Bukit Puchong, Selangor.

FESB  ini telah diterajui oleh seorang pengarah muda yang berpengalaman dalam           bidang CIVIL ENGINEERING dan mempunyai wawasan yang tinggi. FESB  ini telah diiktirafkan sebagai sebuah syarikat bumiputera yang berkelayakan dari Kementerian Kewangan Malaysia. Ini sekaligus dapat membuktikan syarikat ini dapat menyertai dan melaksanakan projek secara tender ‘turnkey’ dan rundingan terus dari wakil-wakil kerajaan dan separa kerajaan.

FESB  mempunyai kredibiliti atau kebolehan yang baik sepanjang penubuhannya. Berkonsepkan perubahan arus dunia yang semakin mencabar. FESB cuba melakukan yang terbaik dan mengikuti arus perubahan teknologi moden didalam konteks teknologi pembinaan.

FESB  telah mencuba untuk menguasai teknologi pembinaan dengan memperhalusi kerja dengan menggunakan sistem alatan moden. Dengan itu, ini akan membuatkan syarikat sentiasa mendapat kepuasan dari pelanggan (client). Ini dapat membuktikan FEC tidak ketinggalan dalam rentak arus perubahan teknologi pembangunan.
____________________________________________________________________


SALINAN LESEN PENDAFTARAN







 

_________________________________________________________________________________

SENARAI KONSESI